Di kalangan model naked yang ditawarkan di pasaran tempatan pada harga mampu milik ketika ini ialah Benelli TNT 249S 2020. Dengan harga yang ditetapkan sebanyak RM 15,888.00, model yang dikuasakan enjin bersesaran 250cc dengan transmisi enam kelajuan itu merupakan salah satu pilihan yang semestinya sukar dilepaskan.
Tag: Benelli TNT 249S
Benelli TNT 249S 2020 di pasaran Malaysia – RM 15,888.00
Untuk para peminat motosikal di pasaran tempatan yang mahu memiliki sebuah motosikal naked dalam segmen 250cc, Benelli kini menawarkan model terbaharu Benelli TNT 249S pada harga sebanyak RM 15,888.00. Iklan mengenai model tersebut kini banyak dapat dilihat di dalam laman sesawang jual beli popular Mudah.my.


