Benelli Malaysia melalui laman Facebook rasmi mereka sebentar tadi telah menyiarkan video teaser terakhir, menjelang pelancaran rasmi model Super Moped terbaharu pada keesokan harinya. Setakat ini model tersebut dikatakan bakal diberikan nama baharu iaitu Benelli R18i, kerana ianya kini dilengkapi enjin dalam sesaran yang lebih besar.
Tag: Benelli Super Moped
Kelajuan maksimum Benelli Super Moped melebihi 150 km/j
Benelli Super Moped 2021 terbaharu bakal dilancarkan secara rasmi pada tarikh 11hb. April 2021 (Ahad). Antara soalan wajib yang bakal ditanya apabila pelancarannya nanti ialah berapakah kelajuan maksimum (top speed) model berkenaan. Nampaknya Benelli Malaysia tidak menunggu lama apabila telah memberikan jawapannya terlebih dahulu.
Video teaser terbaharu memperlihatkan Benelli Super Moped 2021 sedang beraksi di Litar UniMAP
Benelli Malaysia bakal melancarkan sebuah model moped terbaharu pada tarikh 11hb. April 2021 (Ahad), seperti mana yang diumumkan baru-baru ini. Setakat ini apa yang masih menjadi misteri ialah berapakah kapasiti enjin yang bakal melengkapi model itu, adakah 175cc, 180cc atau 200cc seperti mana yang heboh diperkatakan sebelum ini?



