Untuk pasaran Vietnam, Benelli turut menawarkan model moped Benelli RFS150i sejak tahun 2019 yang lalu. Kemudiannya menurut sumber dari Vietnam tidak beberapa lama sebelum ini, tinggal hanya unit terakhir yang ditawarkan untuk pasaran negara tersebut. Kini melihat ke dalam laman sesawang Benelli Vietnam, paparan model itu telah tiada.
Tag: Benelli RFS150i
Pengeluaran Benelli RFS150i dijangka akan ditamatkan, beri laluan kepada model baharu Benelli R18i
Benelli Malaysia baru saja melancarkan model moped terbaharu Benelli R18i yang kini dilengkapi enjin bersesaran 174cc yang lebih berkuasa, di samping gaya rekaan terkini yang lebih sporty. Dengan pelancaran model tersebut, bagaimana pula agaknya dengan nasib model terdahulu Benelli RFS150i yang telah empat tahun berada di pasaran?
Benelli Malaysia akan melancarkan model baharu pada tarikh 11hb. April 2021, adakah ianya Super Moped?
Benelli Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah model baharu pada tarikh 11hb. April 2021 (Ahad), bermula jam 8.00 malam. Program pelancaran tersebut akan diadakan secara dalam talian dan boleh ditonton secara ‘live’ melalui laman Facebook Benelli Malaysia dan juga laman YouTube MForce TV.
Benelli RFS 150i Racing Prototype 2017
Dalam bulan Disember 2017 yang lalu, saya sempat merakamkan gambar model prototaip perlumbaan Benelli RFS150i, yang ketika itu sedang dipamerkan di salah sebuah kedai menjual motosikal di Prai, Pulau Pinang. Model ini yang telah diubahsuai sepenuhnya bukan saja tampil sporty, malah dilengkapi dengan pelbagai ramuan yang cukup memuaskan untuk perlumbaan di litar. Anda saksikan sendiri […]