Salah satu aksesori wajib untuk sesebuah model motosikal moped di pasaran tempatan ialah bakul untuk mengisi barang-barang peribadi atau pun barang-barang keperluan yang dibeli dari kedai atau pasar. Namun untuk model Yamaha Y16ZR, pihak pengeluar iaitu HLYM tidak menyediakan bakul sebagai aksesori asli untuk model berkenaan.
Tag: bakul Yamaha Y16ZR
Yamaha Y16ZR 2021 lebih sporty tanpa bakul, namun kurang praktikal untuk kegunaan harian
Yamaha Y16ZR 2021 boleh dikatakan sebuah model motosikal moped yang hampir sempurna dari segi reka bentuk, prestasi dan juga spesifikasi teknikal. Bagaimanapun terdapat satu kekurangan ketara untuk model yang baru saja dilancarkan itu, di mana ruangan untuk menempatkan bakul menjadi semakin kecil dan didapati kurang sesuai.