Siri Bajaj Pulsar 250 2021 serba baharu telah dilancarkan di pasaran India pada bulan Oktober 2021 yang lalu, dalam dua pilihan model Pulsar F250 dan Pulsar N250. Kedua-dua model ‘Semi-Faired Street Racer’ dan ‘Naked Streetfighter’ itu didatangkan dengan pelbagai spesifikasi dan ciri-ciri menarik, termasuklah sistem brek Single Channel ABS.
Tag: Bajaj
Bajaj Pulsar NS125 2022 kini dilengkapi fork depan terbalik 31 mm di pasaran Greece
Model naked Bajaj Pulsar NS125 2022 kini dilengkapi fork depan jenis terbalik (upside down) di pasaran Greece. Naik taraf tersebut menjadikan penampilannya menjadi lebih sporty, di samping menawarkan prestasi kawalan tunggangan yang lebih baik dan lebih selesa. Bermula 01hb. Oktober 2022, harga jualannya ialah € 2,890.00 (RM 13,228.56).
Bajaj Pulsar N160 2022 diperkenalkan di pasaran India, tampil lebih sporty, dilengkapi sistem brek Dual Channel ABS
Di pasaran Malaysia, Modenas menawarkan model naked Pulsar NS160. Namun tidak lama lagi, mungkin model tersebut akan digantikan dengan model terbaharu yang baru saja diperkenalkan di pasaran India dalam bulan Jun 2022 yang lepas. Model terbaharu itu ialah Bajaj Pulsar N160 2022, yang kini tampil lebih berkuasa dan lebih sporty.
Bajaj CT 125X 2022 dilancarkan di pasaran India, harga jualan bersamaan RM 4,008.43
Pengeluar motosikal Bajaj dari India baru-baru ini melancarkan sebuah model terbaharu Bajaj CT 125X 2022. Didatangkan dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Ebony Black / Green, Ebony Black / Blue dan Ebony Black / Red, harga yang ditawarkan untuk model itu ialah sebanyak INR 71,354.00, bersamaan RM 4,008.43 mengikut kadar semasa.
Bajaj Pulsar F250 dan N250 2021 dilancarkan di pasaran India, harga jualan bermula dari RM 7,737.83
Bajaj Auto pada tarikh 28hb. Oktober 2021 yang lepas secara rasminya melancarkan dua model terbaharu Bajaj Pulsar F250 2021 dan Bajaj Pulsar N250 2021 untuk pasaran India. Bagi model Pulsar F250, dua pilihan warna ditawarkan iaitu Racing Red dan Techno Grey. Untuk model Pulsar N250 pula, ianya didatangkan pilihan warna tunggal Techno Grey.