Aveta Motor Malaysia pada bulan Julai 2022 yang lalu rasmi melancarkan model super moped terbaharu Aveta SVR180 2022 untuk pasaran tempatan. Pada masa yang sama syarikat itu turut melancarkan sebuah model kapcai terbaharu, Aveta VS2 2022 dengan enjin 115cc. Enjin itu kemudiannya dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan.
Tag: Aveta
Aveta Motor Malaysia siarkan video cinematic model moped Aveta V-13R dalam resolusi tinggi 4K
Aveta Global Marketing telah mempunyai siaran video Youtube mereka sendiri, yang diberi nama Aveta Motor Malaysia. Video pertama yang disiarkan di dalam ‘channel’ itu ialah mengenai model moped Aveta V-13R, yang dirakamkan di dalam versi cinematic dengan tahap resolusi tinggi sehingga 4K. Hasilnya boleh dikatakan cukup menarik.
Aveta V13R tampil lebih sporty dengan aksesori Rapido
Model moped Aveta V13R telah dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan November 2021 yang lepas, dengan harga jualan asas RM 6,688.00. Kini bagi menambahkan lagi nilainya, Aveta melalui laman Facebook rasmi mereka telah memaparkan sebuah model V13R, yang kini dilengkapi aksesori aftermarket daripada jenama tempatan Rapido.
Aveta V-13R 2021 dilengkapi enjin 127cc, kotak gear empat kelajuan tanpa klac tangan dan port pengecas USB
Baru-baru ini penulis sempat singgah di sebuah kedai motosikal yang merupakan wakil pengedar motosikal keluaran Aveta Global Marketing Sdn. Bhd., untuk melihat dengan lebih dekat model terbaharu yang dilancarkan iaitu Aveta V-13R 2021. Pada masa yang sama penulis juga cuba mendapatkan brosur rasmi model tersebut sebagai rujukan.
Galeri : Aveta V-13R 2021 tampil sporty dengan empat pilihan warna menarik
Aveta V-13R 2021 merupakan sebuah model moped sporty yang tampil dengan empat pilihan warna menarik iaitu Kelabu, Biru, Hitam dan Merah. Model tersebut dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan pada tarikh 06hb. November 2021 baru-baru ini, dengan harga asas RM 6,688.00 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan).
Aveta V-13R 2021 kini tiba di bilik pameran wakil pengedar, harga tunai RM 5,440.00
Model moped terbaharu Aveta V-13R 2021 baru saja dilancarkan di pasaran tempatan kira-kira seminggu yang lalu. Sewaktu pelancarannya, model tersebut dikatakan bakal tiba di bilik pameran wakil pengedar pada tarikh 20hb. November 2021. Namun begitu model tersebut kini didapati tiba lebih awal di bilik pameran wakil pengedar di Melaka.