Di pasaran tempatan pada ketika ini, terdapat dua pilihan model sport bike dalam kelas 250cc iaitu Honda CBR250RR 2022 dan Yamaha YZF-R25 2022. Walau pun berada di dalam kategori yang sama, kedua-dua model tersebut mempunyai beberapa perbezaan spesifikasi yang ketara, termasuklah perbezaan harga asas sebanyak RM 3,001.00.
Tag: 2022 Yamaha YZF-R25
Yamaha YZF-R25 2022 terima kemaskini warna baharu, lampu signal LED, ABS Dual Channel dan peningkatan harga
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini rasmi melancarkan model Yamaha YZF-R25 2022 terbaharu untuk pasaran Malaysia. Model sport bike berkenaan kini tampil dengan dua skim pilihan warna terbaharu Orange Lynx dan Racing Blue, manakala harga jualan asas kini meningkat kepada RM 22,998.00, berbanding harga terdahulu RM 19,998.00.
Yamaha YZF-R25 ABS 2022 diperkenalkan di pasaran Jepun, kini tersedia pilihan warna WGP 60th Anniversary Edition
Untuk pasaran domestik Jepun, Yamaha YZF-R25 ABS 2022 rasmi diperkenalkan pada hari ini, dengan empat pilihan warna terbaharu. Keempat-empat pilihan warna tersebut ialah Blue, Black, Orange dan skim warna WGP 60th Anniversary Edition yang motifnya diinspirasikan daripada jentera perlumbaan Yamaha YZR500 keluaran tahun 1980.



