Pada bulan September 2022 yang lepas, pasaran Vietnam secara rasminya menerima kehadiran model Yamaha YZF-R15 2022 dan Yamaha YZF-R15M 2022 serba baharu. Bagi model YZF-R15, ianya merupakan varian standard dengan harga jualan VND 78,000,000, bersamaan nilai RM 15,127.91 (kadar semasa). Ciri-ciri menariknya adalah seperti Yamaha Y-Connect, Assist & Slipper Clutch, lampu depan dan belakang LED, […]
Tag: 2022 Yamaha YZF-R15M
Yamaha YZF-R15M 2022 dilancarkan di pasaran Malaysia, dua pilihan warna, harga asas RM 14,998.00
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) pada kelmarin dengan rasminya telah melancarkan model terbaharu Yamaha YZF-R15M 2022 untuk pasaran Malaysia. Hadir dalam pilihan warna Signature M dan Monster Energy Edition, harga jualan asasnya adalah sebanyak RM 14,998.00 sahaja, dan ianya tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan.
Yamaha YZF-R15 2022 serba baharu dilancarkan di pasaran Thailand, harga bermula dari RM 14,485.25
Selepas pasaran India, Indonesia dan Filipina, model sport bike Yamaha YZF-R15 2022 serba baharu kini rasmi dilancarkan di pasaran Thailand. Untuk pasaran Thailand, ianya tampil dalam tiga pilihan varian iaitu Yamaha YZF-R15 Connected, Yamaha YZF-R15M Connected-ABS dan Yamaha YZF-R15M Connected-ABS WGP 60th Anniversary.
Yamaha YZF-R15M 2022 tiba di cawangan pengedar Yamaha di pasaran India, terdedah dalam dua pilihan warna terkini
Memang sah Yamaha bakal melancarkan model terbaharu Yamaha YZF-R15M 2022 di pasaran India tidak lama lagi. Setakat ini model yang dinanti-nantikan itu telah pun tiba di cawangan pengedar Yamaha di India, berdasarkan beberapa keping imej yang bocor di dalam laman sosial Instagram yang bernama revnitro_official ini sejak kelmarin.
Yamaha YZF-R15M 2022 bakal dilancarkan di pasaran India
Ada berita menarik dari negara India, apabila India Yamaha Motor Pvt. Ltd. dikhabarkan bakal melancarkan model terbaharu Yamaha YZF-R15M 2022 tidak lama lagi. Setakat ini sekeping gambar sebenar model tersebut telah pun bocor di dalam internet, di mana ianya tampil menggunakan skim warna Monster Energy Yamaha MotoGP Edition.





