Model sport heritage terbaharu Yamaha XSR700 2022 telah diperkenalkan di pasaran Eropah pada penghujung tahun yang lepas. Untuk pasaran Jepun pula, model tersebut telah berada di pasaran secara rasmi bermula tarikh 08hb. April 2022 yang lalu, dengan harga jualan sebanyak 935,000 Yen, bersamaan nilai RM 31,657.96 (kadar semasa).

