India Yamaha Motor Pvt. Ltd. pada bulan Januari 2022 yang lepas telah mengumumkan kemaskini dua pilihan warna terbaharu iaitu Matte Copper dan Matte Black, untuk model Yamaha FZS 25 2022. Bagi varian Yamaha FZ 25 2022 pula, model tersebut akan terus menawarkan dua pilihan warna sebelumnya iaitu Racing Blue dan Metallic Black.