Pasaran Brazil baru-baru ini telah menerima model terbaharu Yamaha Fazer FZ25 ABS 2022, dengan tawaran harga sebanyak R$ 18,990.00, bersamaan nilai RM 15,459.31. Model naked tersebut tampil sporty dan kelihatan gagah, serta boleh didapati dalam tiga pilihan warna yang menarik iaitu Racing Blue, Magma Red dan Matt Black.