Longjia baru-baru ini telah melancarkan model skuter terbaharu iaitu Longjia XDV 250Si 2022 untuk pasaran China. Model tersebut dilengkapi enjin bersesaran 244.3cc (single-cylinder, liquid-cooled, four-valves, SOHC) dan transmisi automatik CVT. Jumlah kuasa maksimumnya ialah 24.13 @ 8,750rpm, dengan tork maksimum 22.5Nm @ 6,750rpm.
Tag: 2022 WMoto Xtreme 250
Gambaran awal model skuter terbaharu WMoto Xtreme 250 2022 dengan kelengkapan tiga kotak bagasi
WMoto Malaysia (MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.) bakal melancarkan sebuah model skuter terbaharu tidak lama lagi, yang akan dikenali dengan nama WMoto Xtreme 250. Setakat ini, reka bentuk dan penampilan model skuter bertaraf adventure itu telah pun terdedah, dan kini muncul pula gambaran awalnya dengan kelengkapan kotak bagasi.
Skuter adventure WMoto Xtreme 250 2022 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia, dilengkapi enjin bersesaran 244cc
Di pasaran Malaysia pada ketika ini, WMoto Malaysia telah menawarkan sebuah model skuter adventure dalam kelas 150cc iaitu WMoto Xtreme 150i bermula Julai 2021 yang lalu. Namun begitu masih ramai peminat skuter tempatan dalam segmen tersebut yang mahukan model yang lebih besar dan lebih berkuasa, dengan enjin bersesaran 250cc.



