WMoto Malaysia (MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.) hari ini rasmi melancarkan sebuah model skuter maxi terbaharu untuk pasaran tempatan, dan ianya dikenali dengan nama WMoto ES250i 2022. Tampil sporty, bergaya dan praktikal, model skuter tersebut tampil dengan tiga pilihan warna yang menarik iaitu Midnight Blue, Slate Grey dan Fiery Red.
Tag: 2022 WMoto ES250i
Model skuter Lexmoto Aura 300 2022 di pasaran UK, adakah pasaran Malaysia bakal menyusul dengan enjin 250cc?
Syarikat pengeluar motosikal dan skuter tempatan iaitu WMoto Malaysia dijangka bakal melancarkan sebuah model skuter terbaharu pada hujung bulan Mac 2022 ini. Ketika ini melalui laman Facebook MForce TV, syarikat tersebut telah menyiarkan dua buah video teaser mengenai model skuter itu, yang menunjukkan lampu depan dan belakangnya.
WMoto ES 250i 2022 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi, adakah ianya dilengkapi enjin 250cc?
WMoto Malaysia (MForce Bike) baru-baru ini telah menyiarkan video teaser mengenai sebuah model skuter terbaharu yang bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Kini nama rasmi untuk model skuter tersebut berkemungkinan telah terdedah, dan ianya mungkin atau dijangkakan akan dikenali dengan nama WMoto ES 250i 2022.