Triumph Motorcycles Malaysia hari ini rasmi melancarkan model terbaharu iaitu Triumph Tiger Sport 660 2022, dengan harga bermula dari RM 49,900.00. Menurut sumber dari Paultan.org, harga itu ialah untuk dua pilihan warna Lucerne Blue / Sapphire Black dan Graphite / Black, dan harga RM 50,900.00 pula untuk warna Korosi Red / Graphite.
Tag: 2022 Triumph Tiger Sport 660
Triumph Tiger Sport 660 2022 buat kemunculan rasmi, jentera touring dengan kuasa maksimum 81PS dan 64Nm
Triumph Motorcycles baru-baru ini rasmi memperkenalkan jentera touring terbaharu iaitu Triumph Tiger Sport 660 2022 untuk pasaran Eropah. Menariknya ialah model berkenaan akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia pada awal tahun depan, menurut sumber dari media tempatan, di samping model Triumph Trident 660 yang dilancarkan sebelum ini.