Syarikat pengeluar motosikal Itali iaitu Moto Morini bakal melancarkan dua buah model motosikal terbaharu tidak lama lagi, dan akan dikenali dengan nama Seiemmezzo STR dan Seiemmezzo SCR. Kedua-dua model berkenaan berada dalam segmen naked dan scrambler, serta berkongsi enjin 649cc (2 in line cylinders, DOHC 8 valves) yang sama.

