Keeway di pasaran India kini semakin agresif. Sebelum ini jenama pengeluar motosikal yang berasal dari Hungary itu menawarkan model-model menarik seperti cruiser K-Light 250V, skuter Vieste 300, skuter Sixties 300i, dan cruiser V302C. Paling terbaru, Keeway telah melancarkan dua model iaitu Keeway K300 R 2022 dan Keeway K300 N 2022.