Pada tahun 2017 yang lepas, dunia permotoran tempatan gempar dengan kemunculan lakaran imej sebuah model super moped terbaharu, yang dikatakan bakal dilancarkan oleh Kawasaki. Berdasarkan maklumat yang tersebar, model tersebut dikuasakan enjin bersesaran 175cc, lengkap dengan pelbagai komponen motosikal berkuasa tinggi.
Tag: 2022 Jialing CoCo SVR
Jialing CoCo SVR 2022 versi Track Version dilengkapi enjin 180cc dan sistem ekzos sporty mirip Kawasaki Z1000
Salah sebuah model moped terbaharu yang dijangka akan dilancarkan di pasaran negara kita tidak lama lagi ialah Rato SVR180, yang sebelum ini telah dikesan sedang ditunggang uji oleh Aveta Global Marketing Sdn. Bhd. Model tersebut juga akan dilancarkan di negara China sebagai model Jialing SVR180, dan kini dikenali sebagai Jialing CoCo SVR 2022.