Selepas pasaran Eropah dan juga Indonesia, model kapcai bergaya klasik iaitu Honda Super Cub C125 2022 kini akan berada di pasaran Jepun mulai 27hb. September 2021. Untuk pasaran negara matahari terbit itu, dua pilihan warna telah disediakan iaitu Pearl Niltaba Blue dan Pearl Nebula Red, dengan harga jualan 440,000 Yen (RM 16,686.91).
Tag: 2022 Honda Super Cub C125
Honda Super Cub C125 2022 dilancarkan untuk pasaran Indonesia, harga jualan bersamaan RM 21,688.98
PT Astra Honda Motor (AHM) kini secara rasminya melancarkan model kapcai bertaraf legenda Honda Super Cub C125 2022 untuk pasaran Indonesia. Mempunyai tiga pilihan warna menarik iaitu Matte Axis Gray Metallic, Pearl Niltava Blue dan Pearl Nebula Red, harga jualannya ditawarkan sebanyak Rp. 73,645,000.00, bersamaan RM 21,688.98.


