PT Astra Honda Motor (AHM) baru-baru ini telah memperkenalkan Honda Revo 2022, kini tampil dengan pilihan warna baharu yang lebih memikat. Untuk pasaran Indonesia, model tersebut hadir dalam dua varian iaitu Revo X dengan pilihan warna Attractive Red dan Quantum Black, dan Revo Fit dengan pilihan warna Raving Red dan Galaxy Blue.