Pengeluar motosikal yang berasal dari Itali, Benelli baru-baru ini rasmi memperkenalkan sebuah model adventure terbaharu Benelli TRK 800 2022. Ianya merupakan tambahan kepada model adventure sedia ada iaitu Benelli TRK 502 X, dengan kelengkapan enjin yang bersesaran 754cc (In line 2 cylinders, 4-stroke, liquid cooled, 4 valves, DOHC).