Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) sebentar tadi telah menyiarkan video teaser kedua mengenai pelancaran model moped terbaharu Yamaha Y15ZR V3 2021 yang bakal dilancarkan esok, bermula jam 7.00 malam. Melalui video terbaharu itu, kita dapat lihat aksi tayar belakang model tersebut, rasanya di Litar Sepang baru-baru ini.
Tag: 2021 Yamaha Y155ZR VVA
Yamaha Exciter 155 VVA 2021 bakal dilancarkan di pasaran Thailand, pasaran Malaysia akan menyusul selepas itu
Sejak pelancaran model terbaharu Yamaha Exciter 155 VVA 2021 di pasaran Vietnam baru-baru ini, ramai peminat motosikal moped tersebut di pasaran Malaysia tertanya-tanya bilakah ianya akan dilancarkan di pasaran tempatan. Setakat ini terdapat sumber yang mengatakan bahawa pelancarannya akan berlangsung pada bulan April 2021.
Adakah Yamaha Y155ZR VVA 2021 merupakan nama sebenar untuk model Yamaha Y15ZR V3?
Yamaha Y15ZR V3 yang merupakan versi Malaysia untuk model Yamaha Exciter 155 VVA 2021 yang dilancarkan di pasaran Vietnam baru-baru ini, mungkin akan menerima nama baharu apabila ianya dilancarkan nanti. Besar kemungkinan nama sebenar yang akan menggantikan nama Yamaha Y15ZR V3 ialah Yamaha Y155ZR VVA 2021.