Yamaha di pasaran Thailand baru-baru ini telah berkolaborasi dengan bengkel custom terkenal Zeus Custom yang beroperasi di Bangkok, bagi menjadikan penampilan model sport heritage Yamaha XSR155 dalam gaya Cafe Racer Style yang tersendiri. Hasilnya ialah set lengkap Cafe Racer Kit buatan Zeus Custom, dalam edisi terhad 100 unit.
Tag: 2021 Yamaha XSR155
Yamaha XSR155 2021 diperkenalkan di pasaran Indonesia, tampil dengan pilihan warna baharu Matte Green Authentic
Untuk pasaran Indonesia, Yamaha hari ini memperkenalkan model Yamaha XSR155 2021. Tampil dengan gaya retro yang menawan, versi terbaharu model tersebut kini didatangkan pilihan warna baharu yang lebih menawan iaitu Matte Green Authentic, di samping dua pilihan warna terdahulu Matte Silver Premium dan Matte Black Elegance.
Yamaha XSR155 2021 diperkenalkan di pasaran Thailand dengan kemaskini pilihan warna terbaharu
Yamaha di pasaran Thailand pada bulan Mac 2021 yang lepas telah memperkenalkan model bergaya retro Yamaha XSR155 2021, yang kini didatangkan empat pilihan warna terbaharu iaitu Dark Gray, Black, Gray dan White Red 80s. Harga yang ditawarkan ialah sebanyak 91,500 THB, bersamaan RM 12,106.43 mengikut kadar tukaran semasa.



