Di pasaran Indonesia untuk musim jualan tahun 2021, Yamaha masih lagi menawarkan model kapcai Yamaha Vega Force. Model tersebut kini telah menerima kemaskini dua warna baharu yang lebih moden iaitu Metallic Black Gold dan Metallic Red. Harganya pula ditetapkan sebanyak Rp, 16,955,000.00, bersamaan nilai RM 4,888.27 sahaja.