Yamaha Motor Vietnam hari ini memperkenalkan pilihan warna baharu iaitu Silver Grey untuk model skuter Yamaha NVX 155 VVA 2021. Skim warna tersebut didapati hampir sama dengan skim warna Platinum SE yang ditawarkan oleh model Yamaha NVX 2021 untuk pasaran Malaysia, yang baru saja dilancarkan pada tarikh 28hb. April 2021.
Tag: 2021 Yamaha NVX 155 VVA
Yamaha NVX 155 VVA 2021 dilancarkan di pasaran Vietnam
Pasaran Vietnam baru-baru ini secara rasminya telah menerima kehadiran model skuter terbaharu Yamaha NVX 155 VVA 2021. Ianya adalah sama dengan model Yamaha Aerox 155 Connected 2021 yang dilancarkan di pasaran Indonesia, namun untuk pasaran Vietnam, hanya varian teratas dengan sistem brek ABS ditawarkan.


