Model naked terbaharu Yamaha MT-07 ABS 2021 bakal dijual di pasaran Jepun mulai 28hb. Julai 2021. Didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu Gray, Blue dan Matte Dark Gray, harga jualannya untuk pasaran negara matahari terbit itu ialah sebanyak 814,000 Yen, bersamaan nilai RM 31,146.07 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.
Tag: 2021 Yamaha MT-07
Yamaha MT-07 2021 dilancarkan di pasaran Thailand, harga jualan bersamaan RM 38,556.59
Pada beberapa hari yang lepas, Yamaha secara rasminya melancarkan model naked Yamaha MT-07 2021 untuk pasaran Thailand. Didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Storm Fluo dan Icon Blue, ianya ditawarkan pada harga THB 289,000, bersamaan RM 38,556.59, serta turut ditawarkan promosi baucer hadiah bernilai THB 20,000.
Yamaha MT-07 2021 diperkenalkan di pasaran USA, harga bersamaan RM 31,508.16
Selepas pengenalan Yamaha MT-09 2021, pasaran USA seterusnya turut menerima kehadiran model hyper naked Yamaha MT-07 2021. Perubahan utama untuk model berkenaan antaranya melibatkan rekaan lampu depan LED baharu jenis projektor, di samping kemaskini baharu di bahagian enjin, sistem ekzos dan juga sistem ECU.
Yamaha MT-07 2021 tampil dengan kemaskini wajah baharu dan enjin bertaraf Euro 5
Yamaha Motor Europe baru-baru ini memperkenalkan jentera naked Yamaha MT-07 2021, yang kini tampil berwajah baharu dan enjin patuh piawaian Euro 5. Lampu depan model berkenaan kini telah berubah sepenuhnya, merupakan lampu LED jenis projektor yang terang dan diapit oleh sepasang lampu posisi LED di sebelah kiri dan kanannya.