Yamaha baru-baru ini telah memperkenalkan skuter Yamaha JOG 2021 dan Yamaha JOG Deluxe 2021 untuk pasaran domestik Jepun. Bagi model Yamaha JOG, ianya kini didatangkan dengan dua pilihan warna baharu iaitu Matte Green dan Brown, manakala Yamaha JOG Deluxe didatangkan satu pilihan warna baharu iaitu Matte Black.