WMoto Malaysia bakal melancarkan sebuah model terbaharu pada tarikh 11 Julai 2021, berdasarkan pengumuman yang disiarkan di dalam laman Facebook mereka kelmarin. Setakat ini, model yang bakal dilancarkan itu berkemungkinan besar ialah model skuter WMoto Xtreme 150i 2021, yang muncul secara rasmi dalam bulan April yang lepas.
Tag: 2021 WMoto Xtreme 150i
WMoto Xtreme 150i 2021 bakal mencabar Honda ADV150, harga jualan asas di antara RM 8k sehingga RM 10k
Model skuter Honda ADV150 2021 yang dilancarkan di pasaran Malaysia dalam bulan Februari yang lepas ternyata telah mencetuskan fenomena yang tersendiri. Kini sebuah lagi model skuter baharu dalam segmen yang sama telah diperkenalkan kepada pihak media baru-baru ini, yang bakal memberikan cabaran sengit kepada Honda ADV150.


