Pada awal Oktober 2021 baru-baru ini, Suzuki dengan rasminya telah memperkenalkan sebuah model terbaharu dalam versi istimewa iaitu Suzuki GSX-R1000R Phantom 2021. Untuk pasaran UK, harga jualan yang ditetapkan untuk model tersebut adalah sebanyak £17,499.00, bersamaan nilai RM 100,465.51 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.
Tag: 2021 Suzuki GSX-R1000R
Suzuki GSX-R1000R 2021 tampil dengan skim warna baharu di pasaran domestik Jepun
Pada beberapa hari yang lepas, Suzuki telah mengumumkan bahawa model supersport Suzuki GSX-R1000R 2021 di pasaran Jepun kini tampil dengan dua skim warna baharu iaitu Triton Blue Metallic / Mystic Silver Metallic dan Matte Black Metallic No. 2 / Glass Matte Mechanical Gray, di samping warna sebelumnya iaitu Matte Black Metallic No.2.



