Dalam bulan September 2020 yang lepas, Suzuki Malaysia Sdn. Bhd. telah menyiarkan paparan imej teaser model yang ditunggu-tunggu, Suzuki Belang R150 FI 2021, melalui laman Facebook rasmi mereka. Bagaimanapun setakat itu sahaja petunjuk awal yang diberikan, sehinggalah ke saat ini tiada lagi sebarang petunjuk baharu dan terkini.