Modenas baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah model motosikal terbaharu pada tarikh 10hb. September 2021 (Jumaat), pada jam 8.00 malam. Melalui paparan imej teaser terkini yang disiarkan seperti di atas, adalah hampir pasti model yang akan dilancarkan itu ialah Modenas Dominar 400 2021 terbaharu.
Tag: 2021 Modenas Dominar 400
Modenas Dominar 400 2021 versi kemaskini terbaharu dijangka akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia
Susulan video teaser yang disiarkan oleh Modenas tempoh hari mengenai pelancaran sebuah model terbaharu tidak lama lagi, ramai yang tertanya-tanya model apakah yang bakal dilancarkan itu. Ramai peminat yang membuat tekaan bahawa model itu tidak lain dan tidak bukan pastinya Modenas Dominar 400 2021 versi kemaskini terbaharu.