Selepas pasaran Indonesia, Thailand, Jepun dan juga Filipina, Kawasaki Ninja ZX-25R SE 2021 kini dengan rasminya dilancarkan di pasaran Vietnam. Untuk pasaran negara tersebut, hanya varian SE sahaja ditawarkan, tanpa varian Standard. Harga jualannya pula ialah 189,000,000 VND, bersamaan nilai RM 33,461.45 mengikut kadar semasa.
Tag: 2021 Kawasaki Ninja ZX-25R Vietnam
Kawasaki Ninja ZX-25R 2021 bakal dilancarkan di pasaran Vietnam pada 23hb. November 2020
Laman Facebook rasmi Kawasaki Motors Vietnam baru-baru ini telah memberikan bayangan bahawa syarikat tersebut bakal melancarkan beberapa buah model motosikal terbaharu, pada tarikh 23hb. November 2020 akan datang. Salah sebuah daripadanya ialah Kawasaki Ninja ZX-25R 2021 yang dilengkapi enjin 250cc empat silinder.