Jawa merupakan sebuah jenama pengeluar motosikal yang berasal dari negara Eropah iaitu Czechoslovakia, dan kini dikenali sebagai Czech Republic. Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 1929, dan mengalami kemerosotan selepas tahun 1990. Pada tahun 1997, syarikat baharu sebagai penerus Jawa telah ditubuhkan, diberikan nama Jawa Moto.