Untuk pasaran Malaysia, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) hari ini rasmi melancarkan model skuter kembara terbaharu Honda X-ADV 2021. Boleh didapati dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Pearl Deep Mud Gray, Grand Prix Red dan Graphite Black, harga asasnya ialah RM 67,799.00 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan).
Tag: 2021 Honda X-ADV
Skuter kembara Honda X-ADV 2021 dilancarkan di pasaran Filipina, harga jualan bersamaan RM 69,131.03
Pada tarikh 08hb. Februari 2021, Honda telah mengumumkan pelancaran Honda X-ADV 2021 untuk pasaran Filipina. Model skuter berprestasi tinggi itu ditawarkan pada harga Php 830,000.00, bersamaan RM 69,131.03. Tiga pilihan warna yang boleh didapati ialah Graphite Black, Matte Beta Silver Metallic dan Grand Prix Red.
Honda X-ADV 2021 bakal dilancarkan di pasaran Singapura
Boon Siew Singapore baru-baru ini telah mengumumkan bahawa model Honda X-ADV 2021 terbaharu bakal dilancarkan di pasaran negara republik itu tidak lama lagi. Model skuter kembara berprestasi tinggi itu sebelum ini diperkenalkan untuk pasaran Eropah, tampil dengan beberapa pembaharuan dan naik taraf terkini yang lebih menarik.
Honda X-ADV 2021 terima peningkatan baharu, penampilan terkini lebih segar dan sporty
Jentera kembara lasak Honda X-ADV buat pertama kalinya diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2016. Untuk pasaran Malaysia, model tersebut dilancarkan pada hujung bulan Disember 2018, dengan tanda harga asas RM 63,299.00 (Standard Colour) dan RM 65,499.00 (Special Colour), tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan.




