Diperkenalkan secara rasmi di pasaran Eropah pada bulan November 2020 yang lepas, model terbaharu Honda NC750X 2021 kini diperkenalkan pula untuk pasaran domestik Jepun. Jualannya bagaimanapun hanya akan bermula pada tarikh 25hb. Februari 2021, dalam pilihan varian MT (Manual Transmission) dan DCT (Dual Clutch Transmission).
Tag: 2021 Honda NC750X
Honda NC750X 2021 terima kemaskini baharu, kini lebih ringan dan tempat duduk lebih rendah
Pasaran Eropah baru-baru ini telah menerima kehadiran model Honda NC750X 2021 terbaharu, yang kini didatangkan dengan beberapa perubahan terkini melibatkan gaya rekaan, casis, enjin dan juga sistem elektronik. Ini menjadikan berat keseluruhan model tersebut berjaya dikurangkan sehingga 6 kg berbanding model tahun sebelumnya.