Sempena dengan pelancaran rasmi Honda CBR600RR 2021 di pasaran Jepun pada dua hari yang lepas, HRC (Honda Racing Corporation) pada hari yang sama turut melancarkan jentera perlumbaan berasaskan model tersebut untuk musim depan.
Honda hari ini mengumumkan model terbaharu Honda CBR600RR 2021 bakal memulakan jualannya secara rasmi di pasaran domestik Jepun pada tarikh 25hb. September 2020. Pihak Honda tidak memberikan penjelasan lanjut berkenaan pasaran lain, bermakna buat masa ini ianya eksklusif untuk pasaran Jepun sahaja.