Honda Impian X Ee Tiong Motorsports melalui laman Facebook rasmi mereka telah mengumumkan bahawa tempahan telah dibuka untuk dua model yang dinanti-nantikan iaitu Honda ADV150 dan Honda CBR250RR. Bagaimanapun tarikh sebenar pelancaran masih belum diumumkan, kecuali dikatakan dalam masa yang sangat terdekat.