Selain daripada melancarkan model Honda CBR650R 2021, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. pada masa yang sama turut melancarkan model Honda CB650R 2021 terbaharu untuk pasaran Malaysia. Harga jualan asasnya kekal sama seperti model sebelumnya iaitu RM 43,499.00 (tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan).
Tag: 2021 Honda CB650R
Honda CB650R 2021 bakal berada di pasaran Jepun mulai 28hb. Januari 2021, harga bersamaan RM 38,283.57
Honda CB650R 2021 diperkenalkan, kini dilengkapi fork depan Showa SFF-BP dan enjin bertaraf Euro 5
Honda CB650R kini telah sampai ke model tahun 2021, diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran Eropah pada awal bulan Oktober 2020 yang lalu. Model naked tersebut hadir dengan beberapa perubahan terbaharu, paling menarik ialah suspensi depannya kini dilengkapi Showa Separate Function front Fork Big Piston (SFF-BP) USD 41 mm.



