Untuk pasaran Jepun, Honda hari ini memperkenalkan Honda ADV150 2021, yang kini didatangkan pilihan warna terbaharu ‘Ross White’, yang akan ditawarkan dalam tempoh terhad sahaja. Model tersebut akan berada di pasaran Jepun mulai tarikh 22 Julai 2021, manakala tempoh tempahan hanya dibuka dari 11 Jun 2021 sehingga 31 Ogos 2021.