Menurut maklumat terkini daripada rakan media, Harley-Davidson Sportster S 2021 yang sebelum ini membuat kemunculan global pertama pada bulan Julai yang lepas, kini rasmi dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Harga jualan yang ditetapkan untuk model tersebut adalah sebanyak RM 92,900.00, tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan.
Tag: 2021 Harley-Davidson Sportster S
Harley-Davidson Sportster S 2021 diperkenalkan, harga untuk pasaran USA sebanyak $14,999.00
Harley-Davidson secara rasminya memperkenalkan model terbaharu Harley-Davidson Sportster S 2021, dalam tiga pilihan warna yang menarik iaitu Midnight Crimson, Stone Washed White Pearl dan Vivid Black. Untuk pasaran USA, model tersebut ditawarkan pada harga sebanyak $14,999.00, bersamaan RM 63,363.28 mengikut kadar semasa.

