Jentera touring Benelli TRK 251 2021 kini tampil dalam tiga pilihan warna baharu untuk pasaran Malaysia iaitu Yellow, Grey dan Black. Harga jualannya pula dijangkakan kekal sama seperti model tahun sebelumnya iaitu RM 14,688.00 (harga asas, tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan), masih lagi berpatutan dan mampu milik.