Model terbaharu Yamaha YBR125ED 2020 baru saja diperkenalkan, hadir dalam empat pilihan warna yang menarik iaitu merah, biru, hitam dan putih. Ianya dilengkapi enjin bersesaran 124cc (air-cooled, 4-stroke, SOHC, single cylinder) dan dipadankan kotak gear lima kelajuan, dengan kuasa 10.1PS @ 7,800rpm dan tork 9.5Nm @ 6,500rpm.