Web Analytics
Kawasaki – Page 2 – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Category: Kawasaki

Kawasaki KX250X 2024 diperkenalkan, harga RM 35,500.00

Selain model Kawasaki KX250 2024, turut diperkenalkan baru-baru ini di pasaran Malaysia ialah Kawasaki KX250X 2024. Sama seperti KX250, KX250X juga kini tampil dengan perubahan warna baharu hijau pada tempat duduk dan penutup fork depan, menggantikan warna hitam pada model Kawasaki KX250X 2023. Harga jualan asasnya pula kekal sebanyak RM 35,500.00. Di bahagian spesifikasi, juga tiada sebarang perubahan, dan enjinnya sama seperti model Kawasaki KX250. (more…)

Kawasaki KX250 2024 diperkenalkan, harga RM 35,000.00

Kawasaki Malaysia baru-baru ini secara rasmi memperkenalkan jentera off-road Kawasaki KX250 2024, sebagai kesinambungan kepada model Kawasaki KX250 2023. Berdasarkan paparan imej untuk model tahun 2024, perbezaan yang ditawarkan ialah tempat duduk dan penutup fork depan kini berwarna hijau, menggantikan warna hitam pada model tahun 2023. Nama skim warna masih lagi sama iaitu Lime Green, manakala harga jualan asasnya juga kekal sebanyak RM 35,000.00. (more…)

Kawasaki Ninja 1000SX 2024 di pasaran Malaysia – RM 71,400.00

Selain model Kawasaki Versys 1000 SE 2024, juga diperkenalkan oleh EMOS baru-baru ini ialah Kawasaki Ninja 1000SX 2024. Model sports touring itu kini tampil dengan skim warna baharu iaitu Emerald Blazed Green / Metallic Diablo Black / Metallic Graphite Grey. Harga asasnya pula masih sama seperti sebelumnya iaitu sebanyak RM 71,400.00. Enjinnya 1,043cc (liquid-cooled, 4-stroke in-line four, DOHC) dengan transmisi enam kelajuan, A&S Clutch dan Kawasaki Quick Shifter. (more…)

Arena Motosikal © 2023