Daiichi Motors merupakan pengeluar motosikal tempatan yang beralamat di Kuching, Sarawak. Suatu ketika dahulu syarikat berkenaan pernah menawarkan model sport bike Daiichi Megelli 250RR, di samping beberapa buah model menarik yang lain. Ketika ini Daichii Motors masih menawarkan model kapcai keluarannya iaitu Daiichi Sirius 110Z.