ARIIC Touch 250 (2026) rasmi di Malaysia Bike Show – Ini Spesifikasi penuh, Harga RM13,688 dan 3 warna pilihan

ARIIC Touch 250 sudah dilancarkan secara rasminya oleh Mforce Bike Holdings (Mforce) sempena acara Mforce MotoXperience 2026 baru-baru ini.

Acara ini diadakan dalam Dewan A di MAEPS Serdang sempena Malaysia Bike Show (MBS) 2026.

Apa yang menarik ialah harga yang diumumkan lebih rendah berbanding anggaran harga yang didedahkan sebelum ini.

Harga Lebih Rendah

Untuk model Touch 250, harga rasmi diumumkan ialah RM13,688 iaitu lebih rendah RM200 berbanding pengumuman sebelum ini.

Pilihan warna disediakan ada 3 iaitu Matt Black, Urban Green dan Phantom Grey.

Spesifikasi ARIIC Touch 250

  • Enjin digunakan jenis silinder tunggal 249cc dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api (FI).
  • Kuasa maksimum 22.5hp (16.5kW) @ 8,000rpm
  • Tork maksimum 23.5Nm @ 5,000 rpm
  • Sistem transmisi CVT automatik
  • Sistem pencahayaan LED penuh
  • Menggunakan sistem kemasukan pintar tanpa kunci (smart keyless)
  • Ada soket USB Type-C dan Type-A
  • Ada kamera perakam (dashcam) di bahagian hadapan
  • Meter TFT berwarna sebesar 6.75 inci dan menyokong fungsi mirroring navigasi menggunakan sambungan Bluetooth
  • Fork teleskopik biasa dan set absober berkembar belakang
  • Sistem brek cakera tunggal depan dan belakang, ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran
  • Tangki minyak 13 liter
  • Tayar depan 110/80 – 13
  • Tayar belakang 130/70 – 13
  • Panjang 1,950mm
  • Lebar 790mm
  • Tinggi 1,400mm
  • Tinggi tempat duduk 760mm
  • Berat kasar 147kg

Laporan model ARIIC ini pernah kami siarkan sebelum ini semasa lawatan ke China:

Rakaman Gambar di China