Moto Morini 3 ½ Sport: Satu lagi jentera ikonik bakal masuk pasaran Malaysia?

Moto Morini 3 ½ Sport

Selepas 50 tahun debut pertamanya, jentera ikonik Moto Morini 3 ½ dihidupkan kembali dan akan ditawarkan ke pasaran global tidak lama lagi.

Malah beberapa negara termasuk di Eropah sudah meletakkan notis di laman web untuk memaklumkan bahawa model Moto Morini 3 ½ Sport akan dijual dalam masa terdekat.

Moto Morini 3 ½ Sport

Kru kami melihat model ini secara dekat semasa menyertai lawatan MForce Bike Holdings (MForce) ke China. Di bawah ini ada koleksi gambar yang dirakamkan di negara berkenaan.

Kalau dilihat, model generasi baharu sudah berwajah moden dengan teknologi keperluan semasa penunggang. Namun, Moto Morini 3 ½ masih mengekalkan warisan klasik daripada rekaan asal Franco Lambertini.

Model ini ada potensi cerah untuk diperkenalkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Ini antara maklumat yang kami peroleh. Sebelum ketibaannya, kami kongsikan dulu spesifikasinya:

SPESIFIKASI MOTO MORINI 3 ½ SPORT

MOTO MORINI 3 ½ SPORT
Enjin2 silinder jenis V-Twin (V2) DOHC 8-injap
Kapasiti350.3cc
Kuasa maksimum24kW @ 8,500rpm (32.2hp)
Tork maksimum31Nm @ 6,500rpm
Bore x Stroke58mm x 66.3mm
Nisbah mampatan12.8:1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gear-
Suspensi depanFork USD 43mm, jarak travel 120mm
Suspensi belakangabsorber tunggal boleh laras prabeban spring, jarak travel 120mm
Tayar depan110/70 - 17
Tayar belakang150/60 - 17
Brek depanCakera tunggal 300mm kaliper 4-piston
Brek belakangCakera tunggal 255mm kaliper 2 piston
Panjang2,090mm
Lebar800mm
Tinggi1,150mm
Jarak dari bumi160mm
Jarak roda1,420mm
Tinggi tempat duduk780mm
Tangki minyak15 liter
Berat kering165kg
Bonus- Ada ABS depan belakang

GALERI GAMBAR MOTO MORINI 3 ½ SPORT