Yamaha Motor Malaysia: “Dalam saat lain ada yang cedok idea, kami terus berinovasi”

Lain macam perkongsian foto bergambar Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) menerusi laman Facebook mereka. Sekeping poster yang pantas meraih komen dan reaksi netizen.

Gambar yang dikongsi itu memaparkan model skuter Yamaha XMAX 250 edisi 2025 yang dilancarkan pada bulan Mei lalu sempena pameran Malaysia Autoshow 2025 di MAEPS Serdang.

Ada dua mesej yang diselit pada poster itu yang berbunyi:

“Dalam saat lain ada yang cedok idea, kami terus berinovasi”

Ayat keduanya lebih santai iaitu:

Be humble. Stay original.

Seperti kita ketahui, banyak juga model skuter baru memasuki saingan liga 250cc dan ada yang nampak macam ada persamaan.

Model skuter yang hangat diperkatakan kini adalah Aveta NOVA 250 (2025) yang baru dilancarkan Selasa lalu.

Tidak lupa juga model Modenas Elit 150 juga benar-benar mencuri tumpuan ramai semasa dilancarkan pada bulan lalu.

Adakah Yamaha Motor Malaysia ingin sampaikan mesej kepada??

PERBANDINGAN GAMBAR

YAMAHA XMAX 250

AVETA NOVA 250

YAMAHA NMAX 155

MODENAS ELIT 150