Site icon Arena Motosikal

Yamaha WR125R (2026) kembali temui peminat di Eropah selepas penantian 10 tahun

yamaha wr125r (2026)

Yamaha kelihatan seperti mahu menarik lebih ramai orang muda di Eropah untuk menjadi sebahagian keluarga dual purpose (dwi-kegunaan) dan adventure mereka.

Strategi digunakan ialah memperkenalkan semula motosikal dwi-kegunaan Yamaha WR125R untuk pasaran Eropah.

Ini adalah kali pertama dalam tempoh selepas 10 tahun model Yamaha WR125R kembali ke Eropah semenjak kali terakhir tahun 2016.

Di Indonesia, mereka ada versi 250cc iaitu WR250R semenjak tahun 2015 dan masih ada sehingga kini.

Malaysia? Ada seunit model dwi-kegunaan ini pernah jadi bahan pameran di ibu pejabat Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) di Malaysia tapi bukan untuk jualan.

Kembali kepada model Yamaha WR125R (2026)… model ini ada dua warna untuk pelanggan di Eropah iaitu Icon Blue (biru) dan Yamaha Black (hitam).

PERINCIAN & SPESIFIKASI YAMAHA WR250R (2026)

Exit mobile version