Satu lagi motosikal jenis bobber akan dilancarkan ke pasaran Malaysia pada bulan ini iaitu BENDA Napoleon Bob 250 (2025) oleh pihak MForce Bike Holdings (MForce).
BENDA Napoleon Bob 250 (2025) ini pernah dipertontonkan di Ipoh, Perak buat kali pertama dan ditayangkan di beberapa acara pelancaran motosikal bawah kendalian MForce di beberapa lokasi.
Ketua Pegawai Operasi MForce, Asri Ahmad pernah mengumumkan anggaran harga badan untuk BENDA Napoleon Bob 250 (2025) iaitu bawah RM22,000.
Ini pula koleksi gambar motosikal BENDA Napoleon BOB 2055:





























