Site icon Arena Motosikal

Honda Transalp 750 (2025) diluncurkan di Malaysia dengan 3 warna, harga badan RM56,800

Honda Transalp XL750 (2025)

Selain memperkenalkan Hornet 2025, Boon Siew Honda juga meluncurkan satu lagi motosikal yang berkongsi casis dan enjin sama tapi berada dalam segmen lain.

Motosikal yang dimaksudkan ini mestilah Honda Transalp edisi 2025. Jadi apa bezanya model Transalp ini dengan yang diluncurkan di Malaysia Autoshow tahun lepas?

Apa yang selamat dikatakan ialah harga badan tak ubah model 2025 masih sama denga model tahun 2024 iaitu RM56,800 sebuah. Ini tak masuk insurans, cukai jalan dan caj pendaftaran.

APA YANG BEZA?

MASIH SAMA, SPESIFIKASI KEKAL

Honda Transalp menggunakan enjin 2 silinder selari 270º Unicam berkapasiti 755cc yang menghasilkan kuasa maksimum 67.5kW @ 9,500 rpm dan tork 75Nm at 7,250rpm.

Frame masih keluli ringan berlian dan ditambah suspensi Showa dengan fork depan 43mm USD dan monoshock Pro-Link di belakang. Tetapan suspensi katanya sudah ditambah baik untuk model 2025.

Meter masih TFT 5 inic dengan Honda RoadSync, ada ciri auto-batal (auto-cancelling) lampu signal dan isyarat henti kecemasan (ESS-Emergency Stop Signal).

Ada 5 mod tunggangan Transalp – SPORT, STANDARD,RAIN, GRAVEL dan USER.

Untuk USER, penunggang boleh ubah suai kuasa enjin, membrek, cengkaman dan tahap ABS menerusi teknologi Throttle By Wire.

Ada tiga warna pilihan iaitu Ross White, Pearl Deep Mud Gray dan Graphite Black.

Jaminan dari Boon Siew Honda ialah 2 tahun atau jarak 20,000km (yang mana tiba dulu).

Exit mobile version