Model sport bike Yamaha MT-03 2024 kini diperkenalkan di pasaran Jepun, dengan satu pilihan warna baharu iaitu Dark Gray. Dua lagi pilihan warna yang turut ditawarkan ialah Blue dan Matte Dark Gray, yang dibawakan daripada model Yamaha MT-03 2023. Selain Yamaha MT-03 2024, sebuah lagi model yang ditawarkan di pasaran Jepun baru-baru ini ialah Yamaha MT-25 2024.